Wednesday, October 17, 2012

Resepi Homemade Pizza Sempoi Untuk Anak-Anak

Siapa suka cheessseeee? "Saya!!"
Anak siapa yang suka sangat pizzzaaa?  "Anak Mummy!!!"

Budak mana yang tak suka pizza? tak minat cheese? hmm jangan kata budak.. kawan baik Bidadari ni sebilik ni.. kalau dah pi ke Pizza Hut (favorite dia lah kan) siap order pizza ... cheesy crust + extra cheese.. fuh!!! memang hebat..

Apa pun .. yang terbaik kalau kita boleh buat sendiri.. dengan adanya kedai-kedai kek macam BAGUS .. Work With Yen etc... jadi biarlah santapan itu serba sedikit ada air tangan ibu.. semoga semasa kita menyediakan.. bermula dengan Bismillah dan mendoakan anak-anak kita menjadi anak-anak soleh dan solehah.

Actually buat pizza sendiri ni lebih jimat dan boleh buat berkali-kali.. dengan jumlah yang sama kita belanja di kedai yang hanya boleh makan sekali jer.
Pizza Crust (BAGUS) = RM6.50/1 bungkus 5 keping (lebih kurang lah harganya)
Mozzarella Cheese (BAGUS) = RM17.50/500gm
Chedar Cheese (BAGUS) = RM17.50/500gm
Sos Spaghetti =  RM 4.90/tin kecil
Sosej = RM3.00/pack

Cheese salah satu pun tak apa.. kalau tak ada cheese tak sedap pun. Time tak ada Sos spaghetti, Sos tomato pun ok jer.. cuma masukkan sikit sos cili pun not bad.

Saya akan buat kerap bila atas permintaan lepas tu..  then yang paling glamour bila buat pizza untuk jamuan.. hmm apa lagi.. sekali kalau buat memang mendapat serbuan.. seronok bila budak-budak suka sangat.. Jamuan Hari Guru di Sekolah Agama.. di Sekolah Kebangsaan.. Jamuan hari jadi... dan yang paling lega sekali.. time kawan-kawan anak datang main di rumah.. Yang menyenangkan.. pembantu rumah pun boleh buat.

Untuk makan sekeluarga.. untuk 4 orang anak,  2 - 3 pizza. 


HOMEMADE PIZZA SEMPOI

Makan masa panas-panas memang syok... tarikkkk....
(Photo taken by KakakTasha)

Bahan-bahannya: 
1 keping Pizza crust
2 sudu besar Sos Spaghetti
1 batang Sosej - dipotong nipis bulat-bulat
Cheese

majerin/planta - sikit shj untuk sapu pada tin pizza 

Caran-caraya:
1- Sapu sedikit marjerin pada tin agar tidak melekat. 
2- Letakkan pizza crust.
3- Letakkan 2 sudu besar sos spaghetti (lebih jika rasa kurang) dan ratakan.
4- Aturkan sosej di atas sos tadi.
5- Taburkan sambil ratakan cheese.
6- Pre-heat oven  pada suhu 150'C selama 3 minit.
7- Bakar selama 10 min pada suhu 150'C

Note:
1- bukan nak promote BAGUS tapi kebetulan saya membeli bekalan di situ.... kedai mana-mana pun sama jer. 
2- Harga? mungkin berubah.. agak-agak jer.
3- Tak ada tin pizza? tudung periuk style mak kita tu pun tak ada hal. 
4- Adunan? tak ada nak lebih cheese tambah sendiri.
5- Cheese perlu disimpan dalam freezer (peti sejuk tempat beku) untuk tahan lama.
6- Jika Crust beli banyak, boleh simpan dalam peti sejuk tempat beku... tahan lama.. Bila nak guna boleh defrost dengan cara keluarkan awal sedikit. Kadang-kadang time rajin tu saya stim sekejap.. boleh aje.  
7- Untuk hidangan pada kanak-kanak /jamuan lebih baik dipotong kecil-kecil (2inch)  supaya senang dimakan.. 
 Tak perlu pening kepala bila nak masak..apa yang ada , ok? enjoy.

Kedai apa lagi ye jual bahan-bahan kek? kat mana? You all tahu tak? boleh share.

~lain kali kita belajar buat doh sendiri ok....

No comments:

Post a Comment